ALOR SETAR, 29 januari 2018 - JMGKPP berbesar hati menerima kunjungan penyelidik daripada USM ke pejabat ini bagi memberikan taklimat berkaitan penyelidikan yang telah dilaksanakan berkaitan geosains.
Mereka ialah Profesor Madya Dr. Teh Su Yean dan Dr. Fam Pei Shan dari Pusat Pengajian Sains Matematik.
Mereka membentangkan hasil penyelidikan berkaitan "Impak Kenaikan Paras Air Laut Terhadap Air Bawah Tanah dan Tumbuhan Persisiran Pantai" dan "Pemodelan Tanah Runtuh".
Semua pegawai dan kakitangan teknikal jabatan hadir mendengar taklimat yang diberikan.