JMGKPP bina telaga bantu mangsa banjir di Kelantan

jmgkpp telaga di kelantan

ALOR SETAR - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah membina beberapa telaga cetek dalam misi bantuan pasca banjir di Kelantan.



Pengarahnya, Zainol Husin berkata, sumber air telaga itu diperoleh pada kedalaman 18 meter bawah tanah.

“Kita buat kajian pada 29 Disember hingga 13 Januari lalu di beberapa kawasan untuk mencari sumber air bawah tanah.

“Hasil kajian itu, kita menjumpai beberapa kawasan yang sesuai dijadikan telaga tiub lubang cetek untuk disalurkan kepada penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembinaan telaga itu melibatkan kos antara RM3,000 hingga RM5,000 setiap satu.

“Pembinaan telaga itu mengambil masa kira-kira tiga hari untuk siap dan mampu mengeluarkan air sekitar 500 hingga 1,000 gelen sejam.

“Saya harap bantuan saluran air telaga ini dapat membantu mangsa banjir dalam hal berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, antara kawasan yang dibina telaga cetek ialah Klinik Bendang Kerian, Tumpat, Sekolah Kebangsaan Garong, Pengkalan Kubor dan kawasan sekitar Wisma Negeri di Kota Bharu.

Sumber: Akhbar Sinar Harian, 11 Januari 2015

Written by : afif