KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PAGAR KESELAMATAN PEJABAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PAGAR KESELAMATAN PEJABAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU (OKTOBER 2021) : JMG Sabah telah siap menjalankan kerja-kerja membuat penyelenggaraan dan pembaikan semula ke atas struktur pagar keselamatan termasuk pintu pagar utama dan pintu pagar belakang di sepanjang kawasan pejabat di Jabatan Mineral dan Geosains Kota Kinabalu, Sabah.  Pagar keselamatan di sepanjang kawasan pejabat JMG Sabah telahpun dibina sejak tahun 1980-an lagi. Kali terakhir penyelenggaraan dibuat ke atas pagar keselamatan tersebut pada  tahun 2006 dengan menggunakan peruntukan dari pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.

Penyelenggaraan dan pembaikan struktur pagar keselamatan ini adalah menjadi keutamaan jabatan pada tahun 2021 memandangkan keadaan pagar tersebut telahpun uzur dan banyak yang koyak. Ini memudahkan pencerobohan dilakukan dimana telah terjadinya satu kes kecurian pada pejabat JMG Sabah pada 31 Mac 2020 yang telah mengakibatkan kehilangan aset-aset kerajaan.  Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 4 bulan 2 minggu dan telah siap pada penghujung bulan Oktober 2021 yang lalu. 

Diharap kerja-kerja seperti ini akan terus diberi perhatian terutama bangunan-bangunan cawangan JMG yang sudah semakin uzur dan merbahaya kepada kakitangan.  Pihak Pengurusan berterima kasih kepada jawatankuasa penyelenggaran yang telah dilantik kerana menyiapkan dokumen sebut harga dan memantau pelaksanaan projek tersebut sehingga siap sepenuhnya.

Written by : BESTY