KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMGSWP KE PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

SHAH ALAM, SELANGOR : Pada tanggal 15 Mac 2021, Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor yang baru, Tn. Haji Mohd Zulkiflee Bin Che Soh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh semua Timbalan Pengarah JMG Selangor/ W. Persekutuan.


Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk mempereratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan JMG serta memperjelaskan peranan dan fungsi JMG dalam membantu kerajaan negeri berhubung dengan aktiviti yang melibatkan mineral dan geosains.


YAB Dato Menteri Besar amat menyanjungi sumbangan yang telah diberikan oleh JMG selama ini dan berharap agar ianya dapat diperluas dan dipergiatkan lagi dengan kerjasama yang lebih erat bagi membantu pembangunan pesat di negeri Selangor.

Written by : Daniel