Kursus Asas Corel Draw 11 Amber BPT

DSC 0336

Teknik manipulsi foto dan video sangat hangat diperkatakan apabila suatu foto dan video yang melibatkan orang ternama dan artis. Dari idea ini, Unit Kartogarfi Cawangan Pengurusan Maklumat BPT telah menganjurkan satu kursus asas Corel Draw v. 11. Penggunaan perisian ini dapat membantu suatu foto dan gambar diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan pelanggan. Di samping itu, penghasilan suatu poster yang berkesan juga berjaya dihasilkan. Bertarikh 19hb hingga 20hb Mei yang lalu, kursus ini dihadiri 32 orang peserta dari pelbagai unit di BPT.

Pelbagai teknik telah diajar dan dipraktikan secara amali untuk memastikan segala ilmu yang diturun oleh tenaga pengajar iaitu Pn Rozana Zabri, Pn Robiah Abd Rahman dan En Mohd Hafiz Alwi melekat di dada para peserta. Antara teknik yang diajar ialah membentuk tulisan lengkung, memasukan gambar di dalam tulisan, membuat bentuk-bentuk asas pentagon, bintang dan bujur, dan banyak lagi. Di penghujung kursus para peserta dikehendaki menghasilkan satu poster yang menggunakan pelbagai teknik yang telah diajar di dalam kursus ini. Hasilnya...  Saksikan aksi para peserta semasa kursus dijalankan.

 

Full 1

 

full 2

 

Written by : mrizal