Kursus Penggunaan Microwave Digestion System Untuk Analisis REE

Kursus Penggunaan Microwave Digestion System Untuk Analisis REE

IPOH, 11 Nove,ber 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menganjurkan kursus dalaman mengenai penggunaan Microwave Digestion System untuk penghadaman sampel-sampel geologi termasuk sampel-sampel REE. Kursus telah dijalankan dari 11 hungga 12 November 2024.

Kursus bertujuan untuk mendedahkan dan meningkatkan kemahiran kakitangan makmal dalam mengendalikan microwave sebagai satu kaedah yang pantas untuk menyediakan sampel untuk tujuan analisis.

Seramai 16 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Kursus telah disampaikan oleh En. Austin Yau dari Syarikat Anton Paar.

Terima kasih kepada En. Austin dan semua peserta yang terlibat. Semoga mendapat manafaat dari kursus ini.

 

Written by : zahar