LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE CAWANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL, BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE CAWANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL, BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

IPOH, 12 JULAI 2024:  Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima lawatan daripada delegasi Kelstone Sdn. Bhd. yang beralamat di Kota Bharu, Kelantan.

Rombongan yang terdiri daripada 22 ahli Lembaga Pengarah dan Anggota ini diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya iaitu Ybhg. Dato’ Sr. Hj. Zamri Bin Hj. Ismail. Kelstone Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri mineral di negeri Kelantan.

Peserta rombongan disambut oleh Pengarah Perkhidmatan Makmal, En Mohd Fauzi Bin Muhammad Said dan para pegawai. Taklimat dan sesi lawatan dikawalselia dan disampaikan oleh Pengarah Makmal dengan bantuan barisan pegawai. Peserta dibawa melawat ke Makmal Mineral Strategik Negara, Makmal REE Negara dan Makmal Penyediaan sampel. Makmal-makmal ini sedang dalam fasa akhir kerja-kerja naiktaraf. Selain itu, para peserta deligasi juga didedahkan secara fizikal penggunaan peralatan saintifik canggih dan terkini yang beroperasi di Makmal JMG seperti ICPMS-LA, XRF, XRD dan lain-lain peralatan sokongan yang berkaitan.

Lawatan diakhiri sesi penyampaian cenderamata oleh Ybhg. Dato’ Sr. Hj. Zamri, Pengarah Kelstone Sdn. Bhd. kepada En Mohd Fauzi selaku Pengarah Perkhidmatan Makmal.

Written by : zahar