Para Pelajar Jurusan Kejuruteraan Sumber Mineral semester 1 dari USM Transkrian telah membuat satu lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 12 Mei 2014. Mereka telah tiba pada jam 3.00 ptg kemudian dibawa melawat kemudahan makmal penyelidikan di PPM dan seterusnya dibawa melawat Muzium Geologi. Rombongan ini diketuai oleh Dr Noorhayati, pensyarah di Pusat Pengajian Sumber Mineral Transkrian.