Lawatan Kerja Lynas Kuantan ke Makmal REE, BPT Ipoh

Lawatan Kerja Lynas Kuantan ke Makmal REE, BPT Ipoh

IPOH, 13 November 2024:  Hari ini, Makmal REE, BPT Ipoh telah menerima kunjungan dari tiga orang pegawai Lynas, Kuantan. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Makmal, En. Mohd Fauzi Muhammad Said serta beberapa Pegawai Geosains.

Lawatan Lynas ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara yang melibatkan analisis REE di antara Makmal Pusat Lynas dan Makmal BPT. Antara perkara yang menjadi topik perbincangan adalah:

1.   Keperluan mengadakan Kaedah Analisis Piawai (Standard Method) untuk semua makmal-makmal analisis REE di Malaysia. Perkara ini telah diputuskan supaya pihak Lynas agar menghubungi Standard Malaysia, untuk mereka mengetuai dalam melaksanakan tujuan ini.

2.  Keperluan mengadakan kerjasama dalam Proficiency Test (PT) antara makmal. Perkara ini telah dipersetujui dan kedua-dua makmal ini akan mula mengadakan PT bersama mulai tahun 2025.

Di dalam lawatan yang sama juga, pihak Lynas dibawa melawat ke Makmal BPT dan di sebelah petang pula dibuat demonstrasi penggunaan alat penghadaman sampel menggunakan Microwave Digestion System yang disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim.

Terima kasih En. Aznor, En. Syazwan dan Cik Farah atas kesudian melawat Makmal BPT dan diharapkan kerjasama JMG-Lynas akan berterusan kepada kerjasama yang lebih besar.

Written by : zahar