LAWATAN KERJA YBHG DATUK KP JMG KE TAPAK PEMBINAAN TELAGA TIUB DI PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG, TANGKAK

muka depan lawatan KP JMG ke tapak telaga ledang 2018

Tangkak, 21 Mac 2018 - YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan telaga tiub air tanah di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang, Tangkak.

Tapak semaian atau PPSPH Ledang ini apabila siap sepenuhnya akan menempatkan sejumlah 100,000 pokok hutan pelbagai spesies. Walau bagaimanapun, pusat ini mengalami masalah kekurangan bekalan air bagi keperluan pokok-pokok yang bakal ditanam.

Sehubungan itu atas dasar keperluan ini, JMG telah membina sebuah telaga eksplorasi sedalam 101 meter bagi menilai potensi air tanah di sana. Hasil eksplorasi dijalankan, telaga yang dibina berupaya dijadikan sebuah telaga pengeluaran yang walaupun tidak terlalu banyak airnya namun cukup untuk membekalkan air bagi tujuan berkenaan. Sebuah tangki berkapasiti 1000 liter akan dibangunkan bagi menyimpan air dari telaga tiub sebelum digunakan bagi tujuan penyiraman.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin

Written by : asrul