Majlis Doa Selamat Bakal Haji BPT 2014

Foto 4

Satu majlis kesyukuran mendoakan keselamatan dan kesempurnaan perjalanan mengerjakan fardu haji telah diadakan di Surau Kompleks JMG Ipoh pada tarikh 28hb Ogos yang lalu. Majlis ini meraikan bakal-bakal haji dari BPT iaitu En Abd  Kadir Ahmad dan isteri, En Mohamad Kassim dan isteri, En Ragimi dan isteri Pn Norida serta Pn Zauyiah dan suami. Bakal haji yang terawal berangkat ialah En Abd Kadir yang akan berangkat pada 30hb Ogos.

Majlis ini begitu ramai kakitangan yang hadir bagi meraikan kawan-kawan yang bakal menunaikan tuntutan Islam kelima dan gotong-royong masak memasak turut diadakan bagi memeriahkan majlis. Di kesempatan itu, wakil dari KSKBPT turut menyampaikan sumbangan kelab kepada bakal-bakal haji. Walaupun jumlah sumbangan adalah kecil tetapi besar maknanya kepada ahli kelab KSKBPT. Menu yang ditunggu-tunggu pada hari itu ialah kari kambing, jelatah dan ayam masak merah di samping buah tembikai dan air sirap bandung.

Foto 1Foto 2Foto 3

Written by : mrizal