Johor Bahru, 24 November 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Razman bin Yusop diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Nazal Rizal bin Abd. Wahid dan bacaan ikrar oleh Encik Sivalingam A/L Krishnan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Deepavali bagi meraikan kakitangan yang menyambut perayaan tersebut.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah