Johor Bahru, 29 Jun 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris b. Md Esa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.
Majlis diteruskan dengan slot perkongsian ilmu oleh TPSM En. Yusari b. Basiran berkenaan "Perlombongan dan Industri Emas di Malaysia".
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah