SAHAH ALAM, 03 Jun 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 06/2022 di Bilik Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Majlis yang bermula tepat pada pukul 9.00 pagi tersebut telah diacarakan oleh En. Mohd Fadzli bin Tajudin Noor, bacaan doa oleh En. Mohd Fauze bin Ab. Majid dan lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Amir Syukri bin Jalaludin. Majlis diteruskan dengan sesi perutusan pengarah yang disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah JMGSWP, iaitu Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh dan diakhiri dengan tanyangan montaj video bergambar aktiviti jabatan sepanjang bulab Mei 2022.