SHAH ALAM, 27 September 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan September 2024. Majlis perhimpunan pada kali ini juga diserikan dengan Sesi Perkongsian Ilmu yang menarik oleh Prof. Dr. Azman Abd. Ghani dari Jabatan Geologi Universiti Malaya yang menyampaikan taklimat berkenaan kajian Petrografi kawasan kajian unsur nadir bumi di Kerling dan Batang Kali, Hulu Selangor serta taklimat kajian sumber mineral dari Batuan Granit di Negeri Selangor.