Pada 14 April 2023, Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2023 yang telah dihadiri oleh hampir keseluruhan warga jabatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku sereta bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam. Pengarah Negeri, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed menyampaikan Perutusan Pengarah dan disusuli sesi pengenalan kepada dua orang pegawai yang baru melaporkan diri ke JMGSWP. Para hadirin seterusnya disajikan dengan persembahan tanyangan montaj bergambar sebelum diakhiri sesi penyampaian cenderahati kuih raya kepada semua ketua Unit serta warga jabatan.