Johor Bahru – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Ogos pada 27 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Mailis ini dimulakan selepas berakhirnya Perhimpunan Bulanan. Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua kakitangan, Acara berselawat beramai-ramai mengakhiri majlis sambutan hari raya ini dan seterusnya semua warga JMG Johor menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.