Majlis Perpisahan En Khalid Arshad Unit IT

DSC 0181

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan,Untuk makluman semua, hari ini adalah hari terakhir saya berada di Jabatan ini setelah berkhidmat selama lebih kurang 35 tahun dalam perkhidmatan awam. Mengenang kembali sejarah perkhidmatan, saya lalui pelbagai kenangan pahit manis sepanjang tempoh itu.

Saya pernah bertugas di Unit Kuaternari dan selepas itu ditukarkan ke Unit Woksyop. Seterusnya saya ditugaskan pula di Perpustakaan sehinggalah saya ditempatkan di Cawangan Pengurusan Maklumat, Unit Pengurusan Data yang merupakan unit terakhir sempat saya curahkan bakti.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang saya melaksanakan tugas dan berada di jabatan ini selama 35 tahun. Saya ambil kesempatan ini juga, merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JMG amnya dan BPT khasnya atas segala perkongsian pengalaman dan kenangan sepanjang berada di sini.

Ucapan khusus untuk Cawangan Pengurusan Maklumat, Unit Pengurusan Data terutamanya kepada Ketua Cawangan – Tn Haji Abdul Rahman b Mohd Yusoff, Ketua Unit – Pn Syamilah dan juga Pn Mayzura. Ucapan terima kasih juga saya zahirkan kepada En Jontih dan Tn Hj Ismail Iman yang pernah menjadi boss saya di Cawangan Pengurusan Maklumat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Unit Perpustakaan dan Unit Kartografi yang budiman dan begitu menyenangkan.

Sesungguhnya jasa dan budi Tuan/ Puan tidak terbalas oleh saya dan hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Saya doakan semoga Allah kurniakan kesejahteraan dan melimpahkan segala rahmat kebaikan ke atas tuan / puan sekalian.

Semoga hubungan silaturrahim di antara kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jika diizinkan Allah, insyallah bertemu di lain waktu.

Bunga seroja atas para

Ditimpa pula buah berangan

Andai kata tersilap kata

Maaf jua saya pohonkan

En Khalid 1 

Written by : mrizal