Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 9 Februari 2017 sempena pertukaran En Abdul Hadi dan En Suhaimizi. Majlis tersebut yang diadakan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan meraikan pegawai-pegawai berkenaan yang bertukar ke stesen lain dan menghargai sumbangan bakti yang telah ditabur di JMG Malaysia Terengganu selama berkhidmat di sini. En Abdul Hadi ditukarkan ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekututan mulai 1 Mac 2017 sementara En Suhaimizi bertukar ke Ibu Pejabat JMG Malaysia mulai 15 Februari 2017.
Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Hadi dan En Suhaimizi.