MAKMAL REE JMG DI TEMPAT KE-39

MAKMAL REE JMG DI TEMPAT KE-39

IPOH, 13 Februari 2025: Tahniah Makmal REE JMG..! Makmal REE JMG berada di kedudukan ke-39 dalam 'rangking' dunia di dalam senarai 174 makmal yang mengambil bahagian di dalam Ujian Kecekapan WEPAL (Wageningen Evaluation Program for Analytical Laboratory) yang berpusat di Wageningen University and Research, Netherland, bagi sesi 2024-4.

Ujian Kecekapan ini bertujuan menguji kemampuan makmal JMG dalam mengendalikan analisis kimia di makmal dan memastikan makmal sentiasa terkehadapan di dalam pengurusan kualiti agar hasil analisis boleh dipercayai dan mendapat kepuasan pelanggan.

Di dalam ujian ini, Makmal REE JMG telah mencapai 100% Z-Score di bawah nilai 2. Z-Score <2 ini menunjukkan bahawa keputusan analisis makmal berada di dalam landasan yang tepat.

Terima kasih kepada Pengurusan Makmal BPT dan Ketua Unit Mineral Berlogam dan Aloi yang sentiasa menitikberatkan kualiti dan sentiasa memberikan sokongan, Pegawai-pegawai yang terlibat di dalam melaksanakan ujian kecekapan ini serta kakitangan unit Mineral Berlogam dan Aloi yang turut sama berganding bahu menjayakan misi ini.

Written by : zahar