Mesyuarat Agung KSKBPT 2014 dan Pemilihan Sesi 2014-2016

DSC 7824Jawatankuasa Induk KSKBPT Sesi 2014-2016Kelab Sukan dan Kebajikan BPT telah berjaya mengadakan satu Mesyuarat Agung pada tanggal 8 Mei 2014 yang lalu. Mesyuarat Agung ini juga menyaksikan terdapat pemilihan jawatankuasa kelab sukan dan kebajikan yang baru bagi sesi 2014-2016. Mesyuarat ini telah turut dihadiri wakil dari KSKPPM iaitu Tn Hj Shahar Effendi dan En Zainuddin dan dari KSKJMG Perak iaitu Pn Suzana.

Pada pemilihan Jawatankuasa kelab yang baru ini, En Abdullah Sulaiman telah berjaya mengekalkan jawatan Presiden untuk Penggal Kedua. Dengan dibantu muka lama dan baru yang lebih mantap, diharap perjalanan aktiviti KSKBPT  pada sesi 2014-2016 akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Saksikan sedikit foto perjalanan proses mesyuarat dan pemilihan yang diadakan.

full 2

Written by : mrizal