IPOH, PERAK (17 FEBRUARI 2020): ISNIN, Satu Mesyuarat Kerja Pengurus-Pengurus Belanjawan Mengurus Kementerian Dan Agensi Serta Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus (B23) Tahun 2021 bertempat di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh, Perak pada 14 Februari 2020 hingga 16 Februari 2020.
Mesyuarat ini anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd. Norhisham bin Musa (Setiausaha Bahagian-BPK). Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah diwakili oleh Pn. Vianni Vincent (PTKew).
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan hal-hal perbelanjaan dan bajet bagi setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Sumber maklumat dan foto : Pn. Vianni Vincent