MESYUARAT KUMPULAN PROJEK PENILAIAN POTENSI PEMBANGUNAN GEOPARK UNTUK PENGEKALAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER SEMULAJADI NEGARA BIL.1/2020

MESYUARAT KUMPULAN PROJEK PENILAIAN POTENSI PEMBANGUNAN GEOPARK UNTUK PENGEKALAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER SEMULAJADI NEGARA BIL.1/2020

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (07 FEBRUARI 2020) JUMAAT :  Satu Mesyuarat Kumpulan Projek Penilaian Potensi Pembangunan Geopark Untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara Bil.1/2020 telah diadakan pada 3 hingga 7 Februari 2020 bertempat di Hotel Lazenda, Labuan, Malaysia. Mesyuarat ini melibatkan 16 pegawai-pegawai projek geowarisan JMG setiap negeri dan Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan. Antara agenda mesyuarat ini termasuklah cadangan pembangunan dan kemajuan Aspiring Labuan Geopark Tahun 2020.

      Pada 4hb Februari 2020, Satu kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan bertempat di Wisma Perbadanan Labuan pada sebelah pagi. Kemudian, lawatan tapak bersama KPE Perbadanan Labuan telah dibuat pada sebelah petang ke salah satu tapak geologi di Enapan Laut Cetek, Tanjung Batu.

      Pada 5hb Februari 2020Satu lawatan ke geotapak di Labuan telah diadakan pada hari ketiga yang melibatkan kesemua ahli Kumpulan Kerja Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sumber Warisan Geologi Negara. Antara tapak-tapak geologi yang dilawati adalah Pulau Kuraman, Kampung Ganggarak, Muzium Chimney dan bekas lombong arang batu. Para peserta tidak dapat turun ke Pulau Kuraman disebabkan ombak kuat dan keadaan cuaca yang kurang mengizinkan.

      Pada 6hb Februari 2020, Sesi pembentangan dan semakan deraf laporan pemetaan dan pencirian geotapak telah diajalankan oleh pegawai-pegawai  projek geowarisan setiap negeri dan pemurnian laporan dan diikuti Majlis Penutupan Mesyuarat Kumpulan Kerja Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sumber Warisan Geologi Negara Bil 1/2020.

 

a4

                       Salah satu geotapak yang bertempat di Kampung Ganggarak (Tirisan Minyak)

 

a4

Lapisan Batu Arang yang dijumpai di Kampung Ganggarak

 

a4

Muzium Chimney

 

a4

Bekas terowong Arang Batu 

 

 

Sumber : Adyrean Edero Jingkah, Pen. Pegawai Geosains C29, Aktiviti Geologi Warisan

 

 

Written by : BESTY