18 Januari 2015, JMGM Kelantan - Satu majlis rasmi penyampaian bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang diperolehi daripada JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang yang disumbangkan pada 16 Januari 2015 kepada kakitangan JMG Kelantan yang terjejas akibat banjir.
Selain dari JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, sumbangan berupa wang ringgit daripada orang awam juga turut disampaikan oleh Pengarah JMG Kelantan, Tuan Haji Che Abdul Rahman Bin Jaafar dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Geosains, Encik Ab. Rashis Bin Ahmad.
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Penilaian Bencana Alam Warga JMG Kelantan yang telah menjalankan amanah yang diberikan dengan adil dan telus.
Berikut adalah Ringkasan Laporan Kejadian Banjir yang disediakan oleh Pegawai JMG Kelantan yang melibatkan kakitangan JMG Kelantan :-
Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih dan semoga rezeki yang diberikan digantikan dengan yang lebih lagi.