PERASMIAN TELAGA TIUB AIR TANAH PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR

PERASMIAN TELAGA TIUB AIR TANAH PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG BUKIT GAMBIR, TANGKAK, JOHOR

Tangkak, 15 April 2018 - YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri telah menyempurnakan majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub air tanah di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang di Bukit Gambir, Tangkak, Johor dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) kepada Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Keperluan air di PPSPH Ledang ini amat mendesak berikutan masalah tekanan rendah sumber air dari operator kerajaan Syarikat Air Johor (SAJ). Hasil resolusi pemukiman Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah dijalankan pada penghujung tahun 2017 lalu telah memberi keutamaan untuk JMG mengenal pasti potensi sumber air tanah di sini. Bermula Februari 2018, kajian geofizik telah dijalankan oleh Unit Geofizik Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG dan hasilnya mendapati terdapat akuifer dalam lapisan aluvium pada kedalaman sekitar 70 meter.

Kerja-kerja penggerudian telah berjaya diselesaikan dalam bulan Mac 2018 dan pembangunan sistem telaga air tanah PPSPH Ledang pula selesai sepenuhnya pada awal April 2018.

Dengan adanya telaga tiub ini, masalah air bagi tujuan penyiraman 30,000 anak pokok hutan pelbagai spesies di PPSPH Ledang dapat diselesaikan.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin

Written by : nurin