PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN NOVEMBER 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 29 NOVEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Geofizik yang diketuai En Shahrul Ridzuan. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, pertama sekali, beliau telah mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke -10. Seterusnya, Pengarah telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan mengenai pematuhan Garis Panduan Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Eletronik di Agensi Kerajaan (PKPA BIL 1/2003). Beliau menasihatkan agar kakitangan JMG Sarawak tidak melanggar pekeliling sedia ada dengan tidak memuat turun, menyimpan dan menggunakan internet pejabat untuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, laman sosial FB dan lain-lain laman web kecuali yang berkaitan dengan kerja sahaja. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada kakitangan yang terlibat dengan latihan atau kursus di luar bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan secara taklimat dalaman. Akhir sekali di dalam perutusannya, Pengarah menerangkan mengenai program Board Of Geologists (BOG) serta peringatan untuk mengumpulkan CPD kepada semua ahli berdaftar. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.

Written by : asyrafmansor10