PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2015 DAN MAJLIS PERPISAHAN SERTA PERSARAAN JMG SARAWAK

Front

Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2015 telah diadakan pada 3 Mac 2015 bertempat di Bilik Baiduri, Blok A, JMG Malaysia Sarawak dan telah dihadiri oleh seramai 131 orang kakitangan.

 

Pengarah JMG Sarawak, Dr. Richard Mani Banda dalam perutusannya menyentuh beberapa perkara dan antaranya; Ucapan Selamat Datang kepada Puan Dayang Maslinie Bte Awang Putit, Pembantu Perpustakaan yang baharu melapor diri bertugas di JMG Sarawak dan ucapan penghargaan kepada semua pegawai yang akan berpindah dan bersara atas sumbangan dan kerjasama diberikan sepanjang masa mereka  bertugas di JMG Malaysia Sarawak. Beliau mengucapkan tahniah kepada 9 orang Pembantu Geosains yang telah dinaikkan  pangkat daripada gred C22 ke gred C26; Liew Shan Hian, Shah Hariezal Lim bin Abdullah, Ngang ak Gano, Mohd Azhar bin Abdullah, Jobli bin Abu, Maling ak Kanyan, Ti Morni bin Sedik, Pandi bin Kipli dan Masing ak Drasip.    

Selain daripada itu perutusan Pengarah meliputi Status Peruntukan Mengurus serta Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA Bulan Februari, status Projek BALB di Kpg. Kidding, Ulu Padawan, Rh. Ansa, Selangau dan Rh. Darwin, Engkili. Sebanyak tujuh peringatan disebut meliputi ; Pematuhan Kad Perakam Waktu, Pematuhan Waktu Pejabat, isu surat layang, Tinta Integriti iaitu; Rahsiakan Rahsia Kerajaan, Khalwat merupakan kes jenayah serta Gangguan Seksual dan kehadiran wajib dalam perhimpunan bulanan. Gambarfoto berkaitan kursus, aktiviti-aktiviti jabatan serta pelawat bertandang ke pejabat Pengarah juga dipaparkan. Akhir sekali beliau mengingatkan agar semua sentiasa mematuhi peraturan lain dan peka terhadap Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan terkini.

Majlis Perpisahan dan Persaraan pegawai dan kakitangan telah diadakan sejurus selepas tamatnya Perhimpunan Bulanan Bil 2/2015.  Semua pegawai dan kakitangan berpindah dan bersara yang hadir dalam majlis ini dijemput untuk memberi ucapan perpisahan. Pegawai bersara adalah Sidi bin Kuteh manakala pegawai-pegawai yang akan berpindah adalah Joannes Muda, Tennent ak Ahai, Ling Nan Ley, Paulus Godwin, Azemi bin Hj. Eki, Yusuf bin Bujang, Lee Beng Huat, Jobli bin Abu dan Geri ak Ginung.

Warga JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan pegawai yang diraikan dan diterjemahkan dengan pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh Pengarah JMG Sarawak.

 

Ucapan 1Ucapan 2

Ucapan 3Ucapan 4a Ucapan Perpisahan (dari kiri atas ke kanan mengikut arah pusingan jam) En. Joanes Muda, En. Azemi bin Hj. Eki, En. Geri Ginung, En. Jobli bin Abu dan En. Lee Beng Huat.

Ucapan 5Ucapan 6 Ucapan Persaraan En. Sidi Kuteh                                      Tuan Pengarah menyampaikan ucapan                                                                                                                 penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti                                                                                                        pengawai yang berpindah dan bersara

 

Written by : Marina M