JERAI, 7 Julai 2017 - Program Penilaian Geopark Jerai yang ditunggu-tunggu telah tiba. Program ini bakal menjadi titik tolak penubuhan Geopark Jerai sebagai geopark kebangsaan negara.
Program ini berlangsung selama 3 hari ini menampilkan pakar-pakar tempatan sebagai panel penilai.
Mereka di bawa melihat hampir semua geotapak yang telah dikelaskan bernilai antarabangsa, program bersama komuniti dan geotapak budaya yang ada.
Turut sama mengiringi barisan penilai ialah Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Tuan Haji Che Abdul Rahman Bin Jaafar dan pegawai-pegawai geosains kanan JMG Malaysia.