ALOR SETAR - JMGKPP berpeluang memperkenalkan beberapa buah geotapak yang dibangunkan di negeri ini kepada pengurusan tertinggi serta pengarah-pengarah negeri dan bahagian daripada JMG seluruh Malaysia, hujung bulan lalu.
Antara geotapak yang dilawati ialah Geotapak Batu Rijang Bukit Larek dan Geotapak Telaga Air Tanah Padang Kerasak di Naka.
Turut dilawati ialah Telaga Air Tanah di SMK Tobiar di Pendang yang menggunakan teknologi solar.
Selain itu, Muzium Padi juga menjadi lokasi lawatan sebelum majlis makan malam dan meraikan beberapa orang pengarah negeri yang bakal bersara.