TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT

Johor Bahru, 13 Jun 2024 – JMG Johor telah mengadakan satu taklimat berkenaan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat" di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, ia juga boleh melindungi rakan sekerja, ahli keluarga, majikan, pelanggan, dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran tempat kerja.

Taklimat disampaikan oleh En. Thavaselvan a/l Supermaniam iaitu Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor. Di Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di sektor awam dan swasta dikekalkan. JKKP bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Written by : asrul