TAKLIMAT RINGKAS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN (TPATA)

TAKLIMAT RINGKAS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN (TPATA)

KOTA KINABALU (04 Februari 2020) :  Satu taklimat dalaman jabatan telah dilaksanakan untuk tujuan memberikan pendedahan kepada semua Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana mengenai Aset Tak Alih Kerajaan dan memberi pendedahan kepada kakitangan dalam konteks meningkatkan kecekapan pengurusan dan pencapaian matlamat organisasi melalui TPATA disamping meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan Kerangka Strategi Pelaksanaan TPATA bagi menghasilkan maklumat data ATA mengikut panduan yang disediakan Kerajaan (Pekeliling AM Bilangan 2 Tahun 2012). 

Seramai 35 peserta JMG Sabah yang tergolong daripada Pegawai Geosains C41, C44 & C48 dan Pelaksana C32, C29, C26, C22 dan C19 telah dijemput menghadiri taklimat tersebut bagi mencapai objektif taklimat iaitu Pengenalan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) dan Peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) serta Peranan dan tanggungjawab pihak lain yang terlibat dalam PATA kelak di JMG Sabah.  Puan Lena Anggie selaku Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) adalah Fasilitator Taklimat dan dibantu oleh Puan Margaret Stephen Mozimin (PDF), Puan Besty Jenny Adim (PIF), Encik Herorisan Bin Paruka (POF) dan Puan Shuryanteh Bt. Mohd. Yassin (Urusetia).  Taklimat diakhiri dengan perlantikan Panel Penilai Teknikal (Penerim Aset Tak Alih) seramai lima kakitangan yang disampaikan oleh Dr. Frederick Francis Tating. 

Written by : BESTY