SHAH ALAM, SELANGOR, 18 Oktober 2018 - Satu Wacana Sinar Harian secara langsung yang bertajuk ‘Gempa Bumi dan Tsunami: Terselamatkah Malaysia’ telah diadakan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Wacana itu menampilkan pakar dari Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) UTM, Prof Dr Edy Tonizam Mohamad dan Prof Ir Dr Ramli Nazir dan Datuk Dr Mohd Rosaidi Che Abas, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam wacana tersebut.
Wacana Sinar Harian secara langsung yang diadakan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15,Shah Alam, Selangor.
Pengarah JMG NSM bersama Pengarah JMG Negeri Selangor dan Timbalan Pengarah Unit Geosains JMG Selangor
yang turut hadir dalam wacana tersebut.