Gotong royong bakar lemang JMG Pahang 2016

20160720 125308

JMG Pahang, 20 Julai 2016 - Majlis sambutan aidilfitri peringkat JMG Pahang 2016 telah dimeriahkan dengan aktiviti gotong royong membakar lemang oleh kakitangan JMG Pahang. En. Abu Bakar Ahmad Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Bakar menjadi pakar rujuk untuk proses membakar lemang. Bekalan buluh lemang diperolehi dari sekitar sungai-sungai di Sg Lembing dan dibawa ke pejabat untuk kerja-kerja pemotongan buluh kepada saiz yang sesuai. 

                 20160720 092902                   

Dalam penyediaan lemang versi negeri Pahang, daun pokok lerek digunakan sebagai alas dalam buluh. Daun lerek dipotong mengikut saiz yang bersesuaian dengan setiap batang buluh. Beras pulut diisi ke dalam buluh lemang sehingga kira-kira 80 peratus dari panjang buluh. Kemudian santan dimasukkan sehingga     melepasi sedikit dari paras atas beras pulut.

20160720 093650

Lemang dibakar menggunakan api sederhana yang dikawal sentiasa. Santan dimasukkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pulut menjadi kering. Batang lemang juga sentiasa dipusing untuk memastikan pembakaran lemang yang sekata. Proses pembakaran memakan masa kira-kira 4 jam. Lemang diagihkan kepada semua kakitangan dan dihidangkan semasa majlis aidilfitri JMG   Pahang 2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat

 20160720 122253  

 

                              

 

 

 

 

Written by : zaki_alias

Trackback URL