Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Pada 31 Ogos 2014, negara kita Malaysia telah meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. Bagi menzahirkan kecintaan kepada negara, JMG Pahang telah mengambil inisiatif menghias bangunan pejabat dengan rentangan Jalur Gemilang. Panjang bendera rentang ini kira-kira 10 meter yang bermula dari Aras 1 hingga Aras 3. Kakitangan JMG telah bekerjasama dengan penuh bersemangat patriotik memasang bendera rentang ini.

  bangunan jmg pahang

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 peringkat negeri Pahang telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang dengan kehadiran pimpinan tertinggi kerajaan negeri Pahang. Terdapat kira-kira 10,000 peserta yang mewakili 103 kontinjen daripada pelbagai agensi menyertai acara perarakan merdeka. Kakitangan JMG juga tidak mahu terlepas untuk meyaksikan upacara sambutan ini. Mereka hadir bersama-sama keluarga masing-masing untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh bermakna. Semoga Malaysia terus aman makmur dan maju jaya. Malaysia..di sini lahirnya sebuah cinta.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57!

perbarisan

Written by : zaki_alias