Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Kuantan, 26 November 2018 Masihi/18 Rabiul Akhir 1440 Hijrah. Satu Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Peninggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA sedang diadakan di Dewan Baharu Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Kuantan. Bangunan ini merupakan bangunan baharu MPK yang terletak bersebelahan Perpustakaan Awam Pahang yang baharu di Jalan Kemunting dan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pameran seumpama ini pernah diadakan di Melaka, Putrajaya, Kelantan, Kedah, Terengganu selain turut diadakan di negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Brunei.

Pameran selama sebulan ini dibuka kepada orang ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Antara artifak dan bahan sejarah menarik yang ada dipamerkan termasuk pedang, kain serban, busur, panah, capal, kesan tapak kaki, kain penutup makam Baginda Rasulullah SAW, naskhah Al Quran, pakaian perang dan perisai serta banyak lagi barangan bersejarah yang menarik.

PR2

PR3

PR4

PR5

PR6

PR9

Warga JMG Malaysia dan para pengunjung boleh mengambil kesempatan daripada musim cuti sekolah ini untuk melancong ke Kuantan, Pahang  dan bersama-sama keluarga ke pameran ini.

Semoga menerusi pameran ini, kita dapat menyelami sejarah dan tamadun Islam dengan melihat sendiri artifak-artifak tinggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

Amin.

Written by : aznawi