PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2018 JMG PAHANG

PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2018 JMG PAHANG

Pada 26 November 2018, bersamaan hari Isnin, telah dijalankan Program Perhimpunan Bulanan Bil 10/2018 JMG Pahang. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite, JMG Pahang. Juruacara perhimpunan bulanan kali ini ialah En. Faridulazman b. Ismail, Penolong Pegawai Geosains Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Ahmad Fadzil b. Sulaiman, Penolong Pegawai Geosains, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang dan Lagu JMG Malaysia. Bacaan ikrar dibacakan oleh En Mohd Hairimy b. Abdul Rahim, Pembantu Operasi yang baharu berpindah ke JMG Pahang.

PB1118

Majlis selanjutnya ucapan perpisahan dari En. Syed Mohd Nasir b. Mat Akih, Pembantu Operasi JMG Pahang yang telah berpindah semula ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang. Beliau antara lain mengucapkan terima kasih beliau dan keluarga atas kerjasama, bantuan dan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh warga JMG Pahang kepada beliau, terutama semasa beliau dilanda musibah kehilangan salah seorang anak kembar beliau. Semoga beliau terus maju jaya di tempat baharu beliau.

PB1118c

Selanjutnya ialah sesi taaruf pengenalan diri oleh En. Mohd Hairimy b. Abdul Rahim. Beliau berasal dari Pahang, merupakan kakitangan Negeri Pahang dan sebelum ini bertugas di Pejabat Tanah Kuantan di bawah pentadbiran SUK Pahang.

PB1118d

Program diteruskan dengan ucapan olen Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir. Azman b. Abd. Majid. Beliau menyampaikan amanat beliau dengan panjang lebar berkenaan banyak perkara terkini yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk perlunya semua kakitangan menyiapkan tugasan terlebih dahulu sebelum mengambil dan menghabiskan cuti masing-masing sempena cuti sekolah. Beliau juga turut mengingatkan semua pegawai khususnya pegawai projek supaya menyediakan Rancangan Kerja Tahunan 2019 secepat mungkin dan menjadikan bulan Disember 2018 sebagai bulan untuk merancang kerja bagi tahun 2019.

PB1118Dato

Program diteruskan dengan pengucapan awam oleh En. Mohammad Sobri b. Borhan, Pegawai Geosains dari Unit Lombong dan Kuari JMG Pahang. Beliau menyampaikan taklimat berdasarkan pengalaman beliau semasa bertugas di Lombong Emas Selinsing di Lipis, Pahang. Beliau turut menerangkan berkenaan apa itu Cyanide dan makluman cerita sebenar berkenaan bahaya atau tidaknya Cyanide kepada orang awam. Warga JMG Pahang yang hadir nampaknya menumpukan perhatian yang baik dan menunjukkan minat atas perkongsian pengetahuan yang dibuat oleh beliau.

PB1118e

Program Perhimpunan Bulanan Bil 10/2018 JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada kakitangan yang dilanda musibah serta majlis makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.

Semoga program yang dilaksanakan ini terus dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

-Sekian-

Written by : aznawi