Program Korban dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha JMG Pahang

Pada 4 September 2017, JMG Pahang telah mengadakan Program Korban dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2017. Program diadakan di kawasan tempat letak kereta (belakang) JMG Pahang dan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang. Tarikh berkenaan bersamaan hari Ke-4 Hari Raya Aidil Adha iaitu 13 Zulhijjah 1438 Hijrah.

Program Korban bermula seawal 8.00 pagi. Sejumlah dua ekor lembu telah disembelih bagi Ibadah Korban ini. Kakitangan JMG Pahang dan ahli keluarga yang hadir telah sama-sama bergotong- royong bagi menyempurnakan aktiviti penyembelihan lembu, pemotongan daging dan tulang, pengagihan daging korban serta memasak juadah dan menyediakan makanan untuk mereka yang hadir.

Program Korban selesai pada pukul 2.00 petang.

Alhamdulillah, Program Korban ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat kakitangan dan ahli keluarga yang hadir walaupun hari berkenaan merupakan hari cuti umum bagi Malaysia. Diharapkan pertalian silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang akan terus dapat dipupuk dan dieratkan pada masa akan datang demi kecemerlangan JMG Pahang khususnya dan JMG Malaysia amnya. Didoakan Program Korban ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan dirahmati Allah selalu.

Written by : aznawi