Kunjungan Hormat YBHG. Datuk Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi Ketua Pengarah Kepada YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu

Kunjungan Hormat YBHG. Datuk Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi Ketua Pengarah Kepada YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu

IPOH, 5hb Jun 2018 – YBhg. Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi,  Ketua Pengarah JMG Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang baru susulan Pilihanraya Malaysia yang ke-14.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Dato’ Ir Ahmad Zukni b. Ahmad Khalil, Pengarah JMG Malaysia, Perak dan pegawai-pegawai kanan JMG Malaysia, Perak. Datuk Ketua Pengarah dan Dato’ Pengarah telah menerangkan tugas-tugas JMG di negeri Perak. Perbincangan mengenai isu-isu berkaitan JMG turut diadakan semasa sesi pertemuan tersebut.

Written by : norhazliza