JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JMG KALI KE-19

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JMG KALI KE-19

14hb Mac 2019 (Khamis) – JMG Perak telah menerima jemputan ke Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG. Pn. Roshimah Bt Abdul Rahman dan Pn. Norhazliza Bt Mokhtar telah dipilih sebagai wakil ke Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG Kali Ke-19 yang berlangsung pada 14 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8, Menara PjH. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PUSPANITA JMG, Datin Hajjah Syahira Binti Mokhtar. Seterusnya mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG merangkap Penasihat PUSPANITA JMG.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil bagi setiap JMG Negeri kecuali JMG Sabah dan Sarawak. Pengerusi berharap agar mesyuarat agung yang akan datang dapat menjemput wakil daripada JMG Sabah dan Sarawak. PUSPANITA JMG telah menjemput wakil daripada SPRM, En. T. S Chan bagi menyampaikan Taklimat berkaitan Kepentingan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam manakala taklimat berkaitan Jenayah Scam, Penipuan Siber dan jenayah rumahtangga disampaikan oleh wakil daripada PDRM, Inspektor Sharizal, Inspektor Roslina dan Inspektor Puspha. Taklimat yang disampaikan sangat bermanfaat dan menarik. Majlis juga diselang seli dengan acara cabutan bertuah. Majlis tamat pada jam 4.30 petang. Majlis ini sangat bagus dalam merapatkan ukhwah silaturrahim sesama ahli PUSPANITA di seluruh JMG Negeri. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.

 

Written by : norhazliza