MAJLIS PERSARAAN JMG MALAYSIA PERAK 2019

MAJLIS PERSARAAN JMG MALAYSIA PERAK 2019

7hb Ogos 2019 (Rabu) – Sebuah majlis sambutan bagi meraikan persaraan warga JMG Malaysia Perak bagi tahun 2019 telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Pada tahun ini, seramai 3 warga JMG Malaysia Perak yang bersara iaitu En. Yeoh Swee Taik, En. Hamzah Bin Md. Darus dan En. Mohd. Sharifuddin Bin Mat Isa (kakitangan negeri)


Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Malaysia Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil. Seterusnya ucapan para pegawai bersara. Banyak pengalaman yang telah dikongsi bersama selama tempoh mereka bertugas.
Diharapkan ukhwah yang terjalin tetap berkekalan walaupun kami tidak lagi bertugas di bawah satu bumbung JMG. Didoakan agar para pegawai bersara terus maju jaya dan diberikan kesihatan yang baik.

Pantun khas untuk para pegawai bersara :
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Written by : norhazliza