1hb – 3hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak yang diadakan di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak pada 1 – 3 Julai 2022. Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri akan berlangsung pada 3 Julai 2022 (Ahad), 10 pagi.
Penglibatan KeTSA dalam Jelajah AKM Perak ialah pameran di reruai (booth) bersaiz 6m x 6m melibatkan program SAVE 3.0 oleh SEDA dan Promosi Geopark oleh JMG Perak. KeTSA juga terlibat di taklimat (pocket talk) di Pentas Mini IKS, pada 2 Julai 2022 (Sabtu), jam 2 petang dengan tajuk SAVE 3.0.