MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2022, KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2022, KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK

23hb Jun 2022 (Khamis) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 Tahun 2022, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Granite.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh En. Mat Niza Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), JMG Perak. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 Tahun 2022 ini melibatkan perlantikan ahli jawatankuasa baru KKR bagi sesi 2022-2024. Pemilihan kali ini akan dibuat secara manual iaitu angkat tangan. KKR menyediakan payung berlogo KKR kepada semua ahli KKR sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kesetiaan yang diberikan manakala AJK KKR sesi 2020-2022 diberikan hadiah berupa flusk bersuhu dan mempunyai logo KKR. Seramai 38 ahli telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Disamping itu, acara penyampaian hadiah dan sijil bagi semua AJK KKR sesi 2020-2022 dan cabutan bertuah kepada 15 orang yang bertuah. Mesyuarat ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dan semua ahli yang hadir dihidangkan dengan Nasi Tomato.

Written by : norhazliza