Lawatan Sambil Belajar ke MSC Butterworth

Satu lawatan sambil belajar ke MSC Butterworth telah diadakan oleh kakitangan JMG Malaysia Perak pada 22 hb April 2015. Seramai 29 kakitangan telah menyertai lawatan tersebut. Tn. Pengarah juga telah turut serta dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan diadakan adalah sebagai susulan kepada lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik. Lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik yang telah diadakan sebelum ini adalah bagi melihat sendiri kerja-kerja mengekstrak bijih dari bumi manakala di MSC pula adalah tempat bijih tersebut diproses menjadi jongkong timah.

Baca selanjutnya

Program Pendedahan Kepada Risiko Geologi Kawasan Tanah Tinggi

Program Pendedahan Kepada Risiko Geologi Kawasan Tanah Tinggi telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama dari Unit Geosains pada 8 hb September 2015 di Cameron Highlands. Seramai 24 orang terlibat dalam program ini. Objektif utama program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Perak berkenaan risiko geologi yang wujud di kawasan tanah tinggi. 

Baca selanjutnya

Program Pemahaman Kepada Penggerudian Hidrogeologi

Program Pemahaman Kepada Penggerudiaan Hidrogeologi telah dianjurkan oleh Unit Geosains JMG Perak dengan kerjasama dari Unit Pengurusan Maklumat pada 27 hb Ogos 2015. Program ini dilaksanakan di Kg. Kajang Lasah, Sungai Siput, Perak. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada kakitangan dari unit lain tentang kerja penggerudian yang dilaksanakan dalam hidrogeologi. Seramai 14 orang kakitangan telah terlibat dalam program ini.   

G1

G2

Pameran di SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu), pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah menyertai pameran sempena Karnival Sains yang dianjurkan oleh SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar. Pameran telah berlangsung di ruang legar sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Gerai pameran jabatan adalah bertema Asas Geologi dan Asas Jabatan. Seramai 4 orang urusetia terlibat mengendalikan pameran tersebut. Gerai pameran telah dikunjungi oleh pelajar SJKT Gandhi memorial, pelajar jemputan dari sekolah daerah Kuala Kangsar dan orang awam. Tetamu kehormat bagi karnival tersebut ialah Dato’ Seri V. Kannan, Pengerusi Syarikat Unique Vision Sdn. Bhd. selaku penyumbang utama karnival sains peringkat sekolah setiap tahun.

Baca selanjutnya