BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN YANG MAMPAN DAN LAWATAN KERJA KE KAWASAN PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NR-REE DI MUKIM KERUNAI, DAERAH GERIK.

06-09 Jun 2023 (Isnin-Jumaat) : Satu bengkel anjuran Unit Sumber Mineral, JMG Perak telah diadakan di Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak mengenai penyediaan dokumen sebutharga projek MST. Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon, Timbalan Pengarah Sumber Mineral serta dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Staff JMG daripada seluruh Malaysia. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan satu dokumen sebutharga yang lengkap dan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai projek yang akan dijalankan sepanjang tahun 2023 hingga 2025. Selain itu, seramai 120 orang telah menyertai satu lawatan kerja ke kawasan projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kerunai, Daerah Gerik yang terdiri daripada JMG seluruh Malaysia, Jabatan Perhutanan dan MB Inc. Perak

Written by : norhazliza