MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 JMG MALAYSIA, PERAK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 JMG MALAYSIA, PERAK

10 Mei 2023 (Rabu) – Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Malaysia, Perak telah diadakan di Kawasan Parkir Kereta JMG Perak pada jam 2.30 petang. Majlis ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua warga JMG Perak dan para tetamu jemputan khas. Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis iaitu En. Amir Mizwan dan Pn. Hanisah binti Abdul Wahid. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Encik Amiruzaini Bin Badrul Hissham dan seterusnya ucapan Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil serta ucapan daripada En Mahat Bin Sibon selaku Pengerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan (KKR) JMG Perak.

Majlis Sambutan Aidilfitri ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan saban tahun oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR) JMG Perak bagi menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama warga JMG Perak. Tema yang digunapakai pada tahun ini ialah ‘JMG Pulang Beraya’ maka terhasil photobooth yang berlatar belakangkan suasana stesen keretapi. Penganjuran majlis kali ini juga diselitkan dengan segmen karaoke terbuka kepada warga JMG Perak yang berminat atau yang ingin mengasah bakat terpendam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti Peringkat JMG Perak untuk tahun ini.

Written by : norhazliza