PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2023 JMG MALAYSIA, PERAK DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2023 JMG MALAYSIA, PERAK DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

10hb Mei 2023 (Rabu) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.3/2023 dan dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pada Majlis Perhimpunan ini Unit Sumber Mineral bertindak sebagai urusetia. Pengacara majlis ialah En. Muhammad Azman bin Aseri, pembaca doa ialah En. Mohd Zaid bin Aziz dan lafaz ikrar diketuai oleh En. Muhammad Kamal bin Kamarudin.

Antara agenda majlis pada kali ini ialah bacaan doa, lafaz ikrar, nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak, Perkhidmatan Awam, , Perutusan oleh Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak dan seterusnya penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Empat penerima APC untuk tahun 2022 iaitu Pn Nur ‘Amalina Binti Mohd Nor, En. Nurul Amir Bin Shafie, Pn. Norhazliza Binti Mokhtar dan Pn. Nalini A/P Sundaram. Manakala 2 penerima kakitangan negeri ialah Pn. Umi Salasiah Binti Moh Ye dan En. Mohd Hafizi Bin Zulkifli.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00pagi. Semua kakitangan dijamu dengan bihun goreng dan sandwich. Selepas itu, semua kakitangan bersedia bagi membuat persiapan terakhir untuk majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Malaysia Perak yang akan bermula pada jam 2.30 petang ini.

Written by : norhazliza