GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

18 Ogos 2022 (Khamis) : Satu Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura dan Jamuan Bihun Sup Tulang 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Asyura.

Kesemua ahli KKR dijamu dengan Bihun Sup Tulang sementara menunggu bubur siap masak. Ahli bergilir- gilir mengacau bubur agar bubur tidak hangit. Bahan- bahan bubur ini dibeli dari sumbangan ikhlas daripada ahli KKR. Ini merupakan program yang pertama pernah diadakan dan sambutan diberikan amat menggalakan dan meriah.

Program tamat pada jam 2.00 petang apabila bubur siap masak dan diedarkan kepada semua kakitangan JMG Perak dan pekerja pembersihan pejabat JMG Perak. Di akhir program, kesemua ahli KKR bersama- sama mengemas dan membersihkan peralatan yang telah digunakan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli KKR yang telah menjayakan program julung kali ini.

Written by : norhazliza