LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK KE KILANG SPRITZER, AIR KUNING, TAIPING, PERAK

LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK KE KILANG SPRITZER, AIR KUNING, TAIPING, PERAK

22 Ogos 2022 (Isnin) : Lawatan Kerja Sambil Belajar oleh Kelab Kebajikan Dan Rekreasi (KKR), JMG Perak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping, Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 20 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan bersarapan kemudian mula gerak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping pada jam 9.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli KKR berkaitan proses pengeluaran air mineral.

Turut hadir menyertai program lawatan kerja ini adalah Pengerusi KKR, En. Mahat Bin Sibon dan Timbalan Pengarah Unit Geosains, En. Mat Niza Bin Abdul Rahman. Rombongan lawatan kerja telah disambut meriah oleh Mr. Chan dan wakil Spritzer. Mr. Chan membawa rombongan JMG Perak melawat telaga tiub Spritzer dan ke kawasan kilang bagi penghasilan produk air mineral. Banyak ilmu yang ditimba sepanjang program ini berjalan dan Mr. Chan juga tidak lokek berkongsi ilmu.

Di akhir program, kesemua ahli rombongan menerima goodies bag yang berisi air keluaran spritzer. Tidak ketinggalan, sebagai tanda penghargaan, pihak spritzer juga telah menyediakan juadah makan tengahari di Café STG. Program tamat pada jam 2.00 petang apabila kesemua ahli selamat tiba ke pejabat JMG Perak. Syabas dan tahniah kepada semua ahli KKR yang telah menjayakan program ini.

Written by : norhazliza