PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 6/2022 JMGM PERAK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 TAHUN 2022

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 6/2022 JMGM PERAK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 TAHUN 2022

30 Ogos 2022 (Selasa) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.6/2022 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Granite. Urusetia yang bertugas untuk bulan ini bagi pengacara majlis ialah Pn. Hanisah, pembaca doa ialah En. Putra Ariff Fadzillah dan lafaz ikrar diketuai oleh En. Mohamad Shah Rizal. Pada Majlis Perhimpunan ini antara agenda majlis ialah Penyampaian Perutusan oleh Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak.

Selain itu, majlis ini juga meraikan kehadiran kakitangan yang baru iaitu En. Shalihin dan penyampaian Sijil Transformasi Minda kepada En. Latib dan En. Jumairi.

Di hujung majlis perhimpunan ini, semua warga JMGM Perak meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 65 tahun dengan melaungkan MERDEKA sebanyak 3 kali diketuai oleh Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil. Kemudiannya semua warga JMG Perak menyanyikan lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan jalur gemilang. Semua warga JMG Perak bersemangat menyanyikan lagu keramat ini. Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2022 JMGM Perak Dan Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke 65 Tahun 2022 tamat pada jam 10.00 pagi

Written by : norhazliza