Kursus Asas Penggambaran Geopark Lembah Kinta

Kursus Asas Penggambaran Geopark Lembah Kinta

Ipoh, 26hb hingga 28hb Jun 2018 - JMG Perak telah menganjurkan Kursus Asas Penggambaran Geopark Lembah Kinta kepada kakitangan JMG Malaysia, Perak. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Malaysia, Perak berkenaan konsep asas, pengendalian peralatan serta pemprosesan data penggambaran Geopark Lembah Kinta.

Seramai 11 orang kakitangan telah menghadiri kursus berkenaan. En. Hishamahir Afendi b. Abdullah dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh telah dijemput sebagai penceramah kursus. Kursus secara teori telah diadakan di Dewan Granit JMG Malaysia, Perak. Manakala Kuari Imerys dan Gunung Lang dipilih sebagai lokasi pengendalian peralatan di lapangan.

 

Written by : norhazliza